Whoaa cOmel kan...aii saya Dzhara Abyana...adoii geram betul la tgk pipi kamu..Gebu...rasa macam nak cubit2 je...ala2 si comey....geramnyyeeee....ni haa..Abyana nak nyanyi sikit...jeng3.....
sifat anak yang soleh...
mentaati ibu ayah..
tidak membantah..
malah mentaatinya
hik3....sedap x...pihak juri sila komen...hehe..
Ok la...Abyana dah ngantOk nih.....huhu selamat Malam ye semua..ala tomey2...
Allahu Akhbar..Allahu Akhbar........
haa ini pulak Muhd Thaqif...besar nanti nak masuk Imam muda bOleh x...jadinya Imam muda Thaqif lah...ambOi2...sedap aih....xpOn imam muda masjid negeri pOn OK la...hehe..harap2 jadi kenyataan la ye...nak jadi macam abi...mana aci Abyana sOrang je cOmel...Thaqif nak jugak...hehe....Ok2 Thaqif handsOme..kan3...like father like sOn...kuang3
jOm Thaqif nak nyanyi sikit dekat abi kesayangan...Abi terimalah ye...
Ummi dimanakah abi
bergetarlah bibir mencari
perlukah ku kisah apa yang terjadi
pada si kecil yang ingin mengerti
Sayang abi kekasih Ummi
Pergi mencari cinta Ilahi...
hee bOleh jadi Imam muda la kalau macam ni...
Ok lah ngantOk sudah...jOm2 tidO...tapi sebelum itu...ambil wudhuk dulu ye
Assalamualaikum..Daaa
Saturday, December 24, 2011
si cOmel
Posted by Naok! dyna at 10:14 AM 0 comments
Friday, September 9, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
paling best saat mintak ampun kt mak abah….
mesti nk nangis….sebab tahu la byk dosa….
semua tgk melayan tv…..syok ajer tgk sampai xsedar ade AWEK CUN dtg….hahaha…perasan tul….
time tuk balik….
ohh PENANG....nanti kan kepulangan ku ini……
hahaha….macam lame sangat xbalik umh lak dyna ni….
ok la sampai sini sahaje….
daaa...jgn makan ketupat byk sgt...stg berat bertambh..hehe
Posted by Naok! dyna at 10:53 AM 0 comments
Saturday, August 27, 2011
Enta Eih
~lirik*Enta Eih~
Enta eih mesh kfaya aalaik
....what are you (how cruel are you) Is it not enough
Tegrahni haram aalaik enta eeih
....That you hurt me? Have pity. How cruel are you?
Enta laih dimooai habeebi tehoun aalaik
....Why my love, is it so easy for you to bring me to tears
Tab w laih ana radya enak tegrahni w roohi feek
....And why do I accept that you hurt me when my soul is part of you
Tab w laih yaani eih radya beaazabi bain edaik
....And why am I accepting this torment at your hands?
Law kan da hob ya waili mino
....If this is love, my misery is from it
W law kan da zanbi matoub aano
....And if I am to blame, I cannot say never again
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
....And if it is my lot to live in torment
Hayaeesh fey gerah
....I shall live in torment
Mesh haram mesh haram enak tekhdaani fey hobi leek
....Have you no pity? Have you no shame that you cheat me knowing the love I have for you
Mesh haram elgharam wel seneen hayati w 3ashi eleek
....Is it not a shame, the passion and the years and longing that I am living for you?
Daa awam wala kan leaaba fey hayatak yetdaweek
....Was the love lost completely? Or has it been a game
Daa awam el hanan w hodni albi w amali feek
....Was the love and tenderness and my heart and faith in you all lost?
Law kan da hob ya waili mino
....If this is love, my misery is from it
W law kan da zanbi matoub aano
....And if I am to blame, I cannot say never again
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
....And if it is my lot to live in torment
Hayaeesh fey gerah
....I shall live in torment
Posted by Naok! dyna at 4:53 PM 0 comments
kerana FB lah
Posted by Naok! dyna at 3:49 PM 0 comments
Friday, August 19, 2011
SEnyum xPerlu kata Apa2
Senyum ikhlas,senyum paksa,senyum malu,senyum sinis,senyum gatal,senyum tersengih spt kerang busuk dan mcm2 lagi jenis senyum yg tak tersenarai di sini. Namun senyum yg paling baik adalah senyuman yg ikhlas dari hati spt senyuman rasullulah S.A.W
Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah S.A.W. tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya).
Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah S.A.W. yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Saidina Husein, cucu kepada Rasulullah S.A.W. juga ada menggambarkan tentang sikap baginda seperti yang telah direkodkan oleh Imam Tirmidzi; beliau berkata, “Aku bertanya kepada Ayahku( Saidina Ali ra) tentang adab dan etika Rasulullah S.A.W. terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda. Ayahku mengatakan, ‘Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas…”.
Tambahan pula, Rasulullah S.A.W. tetap akan mempamerkan senyuman walau dalam keadaan marah hatta kepada orang yang baginda tidak sukai. Begitu indah akhlak Rasullulah S.A.W. dan kita sebagai umatnya yang mengaku bahawa baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang Nabi dan Rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan baginda yang sentiasa menghadiahkan orang lain dengan senyuman?
Senyuman adalah anugerah Allah kepada setiap hambanya. Senyum hanya menggunakan 17 sahaja otot muka manakala bermasam muka memerlukan lebih 43 otot muka. Namun masih sukar bagi seseorang untuk memberi senyuman ikhlas. Tidak dapat dinafikan orang yang sentiasa senyum akan kelihatan awet muda malah apabila orang lain yang melihat senyuman itu juga akan turut tersenyum. Lebih manis lagi apabila si penyenyum mempunyai lesung pipit di pipi sama ada kiri atau kanan atau kedua dua sekali. Lesung pipit membuatkan si penyenyum akan nampak lebih manis dan tenang.
Senyuman mampu menguatkan semangat pada diri seseorang dan memberikan peluang untuk berfikir dengan tenang. Selain itu, senyuman juga mampu membuatkan orang yang marah terhadap si penyenyum akan menjadi ‘dumbfounded’ dan meredakan kemarahan terhadap si penyenyum. Walaupun pada awalnya agak marah sambil berkata “Apa senyum senyum?? orang tengah marah ni!!” Namun kemudian kemarahannya akan sendirinya berkurangan.
Apa lagi kelebihan senyum? Mengikut kajian Dr. Mark Stibich senyuman mampu meningkatkan fungsi sistem imunisasi badan dan mengurangkan risiko untuk demam dan selsema. Senyuman juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi seseorang, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Kajian juga menunjukkan bahawa senyuman adalah “natural drug” di mana senyuman menghasilkan hormon ‘endorphins’ dan ‘serotonin’ yang boleh mengurangkan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
Senyum memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Seperti yang telah ditulis sebelum ini, senyum adalah sedekah yang paling mudah. Sedekah yang tidak memerlukan modal wang ringgit tetapi hanyalah sekelumit rasa ikhlas yang dapat memaniskan senyuman itu. Senyumlah kerana Allah. Oleh itu mulai saat ini tanamkan sikap positif dalam diri dan senyumlah.
Namun begitu, perlu diingatkan kepada para Muslimah untuk berhati-hati apabila senyum. Para Muslimah tidak digalakkan untuk senyum sebarangan kepada kaum lelaki kerana khuatir akan disalah erti dan disalah guna yang boleh menimbulkan fitnah. Senyum seikhlas hati tetapi perlu berhati-hati.
Posted by Naok! dyna at 3:55 PM 0 comments
Sunday, July 31, 2011
Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.Posted by Naok! dyna at 6:44 AM 0 comments
Monday, June 27, 2011
IM NazRul & IM Hassan
Posted by Naok! dyna at 10:44 AM 0 comments
Monday, June 13, 2011
Tanda lelaki benar2 jatuh cinta
Posted by Naok! dyna at 11:37 AM 0 comments
Monday, June 6, 2011
Jom bErtuNang
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ustaz, saya ingin tanya satu soalan".Just ingin minta pendapat sahaja". Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya. Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji mahu hidup bersama. Kononnya, kata orang-orang dulu 'Mahu hidup semati'. Mungkin sudah ada dalam senyap-senyap, dikalangan para pembaca yang merancang untuk melangsungkan pertunangan. 'Mata air' di tanah air, diri pula di perantauan. Rasa macam tak boleh tahan, bimbang 'si dia' dikebas lelaki lain. Tidak pasal-pasal mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pula asyik mimpi 'si dia' sahaja, dan baca pun tak masuk. Rasa marah kadang-kadang pun ada. Sudah nasib badan. "Boleh ke ustaz, bertunang masa belajar?". "Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!" Kalau nak mudah jawab, boleh sahaja penulis katakan; "Tu...! Tengok je orang kahwin ketika masih belajar, tidak ada apa-apa pun. Inikan pula bertunang. Bertunanglah, kalau nak sangat". "Itukan sunnah juga. Kenapa nak takut sangat". Mungkin anda pun boleh meneka juga jawapan seperti di atas, sudah maklum katakan. Tapi mungkin juga ada betulnya, dari sisi yang lain akan timbul kesan-kesan yang tidak baik. Namun penulis menganggap ianya salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. Penulis rasa tidak ada masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain, kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh, Kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya. Rasanya dua tahun tu sekejap sahaja, terutama untuk pihak lelaki yang bertanggungjawab untuk bersedia. Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu dan lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga kenal 'lobang' dan bulu hidung, manakala rambut pula tak disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Menolak tafsiran tekstual dan robotik. Namun di sana, anda kenalah sahut cabarannya juga. Kenapa? Bagi penulis, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang 'Islamik Romantik'. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga.
"Saya ada berkawan dengan seorang lelaki dan dia juga merupakan pelajar di luar negara dalam Pengajian Islam. Dia mahu kami bertunang dalam fatrah kami masih student. Tapi saya tidak setuju, sebab kalau boleh saya nak habiskan belajar dahulu. Macam-macam alasan saya beritahu kepadanya untuk kebaikan bersama,"
Posted by Naok! dyna at 2:43 AM 0 comments
Saturday, June 4, 2011
ada sesuatu yang abg nk sampaikan.....
abg nk ckp pada sayang " cinta agung adlah cinta ilahi"
abg nk ckp pada sayang " cinta manusia blh buat sayang alpa"
abg nasihatkan sayang " jgn mencintai abg lbh dari sayang cintakan allah"
abg nasihatkan sayang "jgn mengingatiku
abg nasihatkan sayang "jgn mendoakanku lbh dr sayang mendoakan kedua ibuayah syng
abg nk bgtaw sayang "dahulukan allah krn disitu ada syurga"
abg nk bgtaw sayang "dahulukan ibuayah sayng krn ditelepak itu syurgasyng"
abg nk ingatkan sayang "abg tpikat pada sayang bkn pada rupa tp pd iman
abg nk ingatkan sayang"abg kasihkan sayang krn satun budi sayng"
abg nk sayang sedar " bila sayang dah mula menagung cinta manusia lbh dr cinta allah
abg nk sayang sedar "tanggungjawab sayang pada keluarga sayang
ABG NK SAYANG EDAR "ABG MILIK YANG ESA"
abg nk sayang sedar "yg abg sentiasa sayangkan sayang"
abg nk sayang sedar "bila angan2 dah menguasai diri
abg nk sayang sedar "andai abg enggan dirapati krn menjaga batas"
abg nk sayang sabar "bila jarak menjadi penyebab penambah rindu"
abg nk sayang sabar "bila ujian mekanda dalam percintaan kita"
sayang ingat pesan ini" abg tak nak menjadi fitnah besar kpd sayang"
sayang ingat pesan ini "abg tak mahu mjadi punca kegagalan sayang"
sayang juga ingat pesan ini "abg sentiasa berdoa agar allah menjaga sayang jika abg pergi dulu sblm sayang"
abg nk khabar pd sayang "abg tak mahu melekakan sayang"
abg nk khabar pd sayang "abg nk sayang bjaya dalam impian dan cita cita sayang"
abg juga bharap "sayang jadilah penyokong dalam kejayaan abg"
abg nk sayang tau "abg mendambakan cinta suci terjaga"
abg nk sayang tau "CINTA KERANA ALLH tak ternilai harganya"
abg nk sayang tau " hubungan ini akn terjaga selagi sayang menjaga hubungan sayang denagn yang esa'
Posted by Naok! dyna at 10:32 AM 0 comments
Tuesday, May 24, 2011
selAmaT haRi Guru
Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang
ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.
Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.
Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.
Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.
Posted by Naok! dyna at 2:39 AM 0 comments
Super Mom
Posted by Naok! dyna at 2:28 AM 0 comments
tidak semua lelaki yang menangis itu betul-betul mencintai kekasihnya. walhal hanya lakonan semata-mata utk mendapatkan perhatian dan belas kasihan. dengan itu haruslah percaya pada diri sendiri. jangan terperdaya dengan kata-kata manis dan janji mereka. yang pertama ingat pada tuhan dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.