skip to main |
skip to sidebar
Perkahwinan adalah suatu benda yang
cukup berat. Ia melibatkan soal amanah, tanggungjawab dan hubungan yang
berterusan sehingga mati. Ia juga merupakan perbincangan tentang suatu alam
yang penuh dengan dugaan dan cabaran, baik dari segi lahiriah mahupun batiniah.
Nikah kahwin suatu perkara yang
berat. Memang berat.
Bermakna , bukan calang2 orang yang
‘lepas’ untuk masuk ke alam tersebut. Ibarat kata, kalau belum penuh ilmu di
dada, jangan berani2 cakap pasal kahwin. Lebih kurang begitulah.
Tetapi hari ini, kita bercakap
tentang perkahwinan untuk golongan muda, atau dengan istilahnya kahwin muda.
Bukan bermakna perkahwinan itu untuk golongan tua. Tetapi perbincangan tentang
nikah muda lebih kepada golongan remaja yang pada pandangan umum belum lagi
matang, tidak mempunyai kerjaya, masih belajar dan sebagainya.
Sudah tentu, pernikahan atau alam
perkahwinan yang merupakan perkara berat, sukar untuk dipadankan dengan
golongan muda, yang kebanyakannya masih mentah dan ditakuti tidak berupaya
menanggung tanggungjawab perkahwinan yang berat tersebut.
Dari situ, wujudlah perbincangan dan
perbezaan pendapat tentang kahwin muda. Boleh atau tidak. Wajar
dibenarkan atau wajar disekat. Belajar dulu atau kahwin semasa belajar. Wajib
ada kerja dulu atau tidak. Serta berbagai2 perbincangan yang lain.
Baik, untuk tidak mengusutkan lagi
keadaan, saya rasa ada baiknya kita bincangkan secara keseluruhan kahwin
muda ini dengan lebih jelas.
HUJAH
Pertama sekali kita perlu faham,
bahawa pihak yang menggalakkan ada hujahnya dan pihak yang melarang juga ada
hujahnya. Seperti biasa, kita mahu mencari kebenaran. Bukan mahu sengaja
memberi menang atau condong kepada mana2 pihak.
Kedua, perbincangan tentang kahwin muda
bukan perbincangan yang bersifat objektif atau tetap. Ia suatu perkara yang
subjektif. Dengan kata lain, ia bergantung pada individu dan keadaannya.
Seperti yang kita sedia maklum,
hukum nikah tidak akan lari dari 5 hukum sedia ada. Samada ia menjadi wajib,
sunat, harus, makruh ataupun haram. Maka, perbincangan tentang mahu membenarkan
nikah awal ataupun melarangnya, sangat2 bergantung kepada 5 hukum tersebut.
Jadi, perlu faham dengan baik2. Saya
ringkaskan seperti di bawah :
Situasi A : Seorang pemuda yang mahu berkahwin, sudah mempunyai
pasangan, tetapi belum mempunyai kerjaya yang tetap atau masih belajar.
Dalam keadaan di atas, hukum
berkahwin ke atas pemuda tersebut masih di tahap harus semata2. Jadi, kalau
satu pihak mahu menggalakkan dia berkahwin muda , maka hukumnya harus. Kalau
satu pihak mahu melarang dan menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus.
Pada saya, pendapat kedua lebih baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada
pelajaran terlebih dahulu.
Situasi B : Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai
pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan
antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan
tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga
pasangannya.
Dalam keadaan di atas, hukum
berkahwin ke atas pemuda tersebut adalah wajib. Bukan lagi harus mahupun sunat.
Ini kerana, dia berada dalam keadaan melazimi maksiat atau zina, dengan asbab
dia menangguhkan perkahwinan. Kalau satu pihak mahu melarang dan mencegah dia
dari berkahwin muda, maka itu salah sama sekali. Seharusnya, semua pihak
mendorong beliau supaya dapat berkahwin walaupun masih muda.
Baik, sekarang saya nyatakan dengan
jelas. Pendapat saya, golongan yang berada dalam situasi B adalah wajib
berkahwin. Dan saya sangat menyokong alternatif ‘nikah khitbah’ kepada
golongan2 seperti ini. Dan selepas ini, perbincangan saya tentang ‘kahwin muda‘ adalah
khusus kepada golongan yang berada dalam situasi ini sahaja. Iaitu wajib
kahwin. Bukan yang sunat, bukan yang harus.
KENAPA HALANG ?
Semua orang tahu, pihak yang
melarang kahwin muda kebanyakannya mempunyai hujah yang sama, iaitu belum cukup
pengalaman, tidak matang, tidak ada kemampuan dan yang sewaktu dengannya. Saya
tidak menafikan bahawa ini merupakan satu risiko, disebabkan perkahwinan itu
suatu perkara yang berat.
Tetapi dalam masa yang sama, mereka
berdepan dengan satu lagi risiko yang lebih besar, iaitu zina. Zina ialah suatu
maksiat kepada Allah yang sangat besar dosanya, bahkan ia mengakibatkan
rosaknya keturunan, penyakit kelamin, gejala buang bayi dan aids. Mudharat atau
risiko ini sangat2 besar berbanding mudharat atau risiko tidak berapa matang,
kurang berkemampuan , belum bekerja, masih belajar dan sebagainya.
Maka kita menggunapakai kaedah fiqh
, iaitu menimbang antara dua mudharat. Selepas ditimbang, terbukti mudharat
kedua iaitu zina lebih besar, berbanding mudharat pertama. Maka, mahu atau
tidak, kita wajib mengambil mudharat kedua yang lebih ringan. Lalu, kahwinkan
mereka dalam usia yang muda adalah langkah terbaik.
Masihkah dapat kita bertoleransi
dengan golongan2 yang masih berkeras melarang, sedangkan situasi anak2 mereka
sudah berada di tahap yang begitu serius? Masih lagikah kita mahu bertangguh2
dan ‘meraikan’ pendapat mereka sedangkan setiap hari berlaku kemungkaran dan
kemaksiatan kepada Allah yang begitu dahsyat..?
Cubalah letakkan agama di depan.
Letakkan maqasid syar’iah itu di depan. Syariat ini Allah turunkan semata2
untuk mengislahkan manusia dan mengelakkan manusia dari mudharat. Lalu kenapa
masih kita berkeras sedangkan kemudharatan bertimpa2 di depan mata?
PUASA
Ini juga suatu isu. Ada golongan
berpendapat, janganlah diambil hadis tentang anjuran berkahwin itu sekerat2.
Sabda Nabi s.a.w : ” Wahai pada pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan
dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga
pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah,
kerana pada puasa itu ada penjagaan ”
Kata mereka, nabi anjurkan berpuasa
untuk orang yang tidak mampu berkahwin. Lalu, golongan2 yang berada dalam
keadaan wajib kahwin pun disekat dengan hujah yang sama. Pada saya, ini jelas
sekali tidak memahami syariat. Islam bukan suatu agama yang sedemikian zalim,
sehingga membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu. Islam itu agama
rahmat, jadi jangan sampai kerana kita, orang lain gagal melihat rahmatnya
Islam.
Anjuran berpuasa itu terpakai untuk
golongan yang hukum kahwin pada mereka masih di tahap harus mahupun sunat.
Adapun di tahap wajib, ia tidak terpakai. Sebaliknya wajib berusaha dan
ditolong semampu mungkin untuk mereka berkahwin.
Ada juga pendapat yang menganjurkan
mengembara, supaya dapat melarikan fokus daripada berkahwin. Sekali lagi,
pendapat ini terpakai untuk keadaan harus dan sunat sahaja. Adapun dalam
keadaan wajib, ia lebih merosakkan berbanding memberi kebaikan.
MAMPU DAN BERSEDIA
Golongan yang berada dalam keadaan
wajib kahwin ini wajar dibantu, bukan dikritik. Mereka ini ada kalanya tidak
mampu tetapi sudah bersedia. Mereka bersedia untuk menjadi seorang suami, untuk
memikul tanggungjawab, untuk menjadikan kahwin sebagai wasilah berubah dan
menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Tetapi mungkin mereka belum mampu
terutama dari segi kewangan.
Patutkah diminta hantaran berbelas
ribu pada mereka? Patutkah ditagih kerjaya tetap, berkereta dan mempunyai rumah
pada mereka? Sebenarnya, ini yang menjadikan mereka tidak mampu. Tidak mampu
kerana mereka dibebankan. Tetapi kalau tidak dibebankan, saya optimis mereka
sebenarnya mampu.
Rezeki itu di tangan Allah, bukan
manusia. Asalkan mereka ada tekad yang baik, niat yang ikhlas, bersedia
menanggung tanggungjawab, bukan bermain2, serius mahu berubah, maka mereka
wajar ditolong. Salah satu caranya adalah dengan mempermudahkan perkahwinan
kepada mereka.
Apabila kita permudahkan kepada
mereka, maka jadilah mereka orang yang mampu dan bersedia. Jadi tidak timbullah
soal kemampuan dan sebagainya. Apa yang lebih penting adalah individu muslim
dan bait muslim terlaksana dengan baik.
NERACA WAJIB KAHWIN
Baik, saya mahu timbulkan soal wajib
kahwin.
Sebenarnya, keadaan mana yang dikira
sebagai wajib kahwin..?
Ini kerana, istilah wajib kahwin itu
kedengaran begitu ‘aib’ pada sebahagian orang, sedangkan dalam masa yang sama
mereka tidak sedar yang mereka berada dalam keadaan tersebut!
Mudahnya begini.
Pada mereka, orang yang tidak
tenteram hidupnya, bergelodak nafsunya, sampai tahap tak boleh tengok
perempuan, sampai tahap kalau tidak dapat kahwin, comfirm akan berzina, cari
pelacur dan sebagainya, maka inilah orang yang berada dalam tahap wajib kahwin.
Habis bagaimana pula dengan orang
yang tidak sampai ke tahap tersebut, tetapi setiap hari terjebak dengan maksiat
dalam perhubungan?
Umpamanya, kerapkali bertemu (
dating ), berpegangan tangan, bercumbu2an , ringan2 ( tidak sampai ke tahap
berzina ), bercakap dengan kata2 yang menaikkan nafsu syahwat dan sebagainya?
Itu keadaan pertama.
Keadaan kedua , jarang bertemu,
tetapi sering berhubung di telefon, di internet, main sms, ayat2 jiwang,
bergayut siang malam dan sebagainya?
Apakah kedua2 keadaan ini bukan
keadaan wajib kahwin..?
Habis hukumnya apa? Harus? Sunat?
HARAM
Apa yang diharamkan oleh Allah dalam
bab hubungan lelaki dan wanita adalah jelas. Baik dari segi melihat, bercakap
dan bersentuhan. Segala nas dan dalil ini adalah qat’ie dan tetap. Haram tetap
haram. Bahkan ia turut dinamakan sebagai ‘zina’ dalam hadis. Mata yang berzina,
telinga yang berzina dan tangan yang berzina. Apatah lagi kalau sehingga
melibatkan nafsu syahwat.
Saya percaya, zaman ini, ramai
pasangan yang bercouple dan berada dalam situasi ini. Tetapi mereka tidak
merasakan mereka di tahap wajib kahwin. Mereka tidak merasakan apa yang mereka
buat sebagai dahsyat atau teruk. Mereka tidak merasakan mereka dalam keadaan
‘terdesak’ sehingga wajib kahwin cepat2. Mereka tidak merasakan mereka akan
terjerumus dalam lembah penzinaan pun kerana mereka kononnya ‘menjaga’.
Pada saya, semua situasi itu adalah
situasi wajib kahwin. Kerana tidak ada istilah sunat mahupun harus untuk
keadaan2 yang melibatkan perkara haram dan kemaksiatan kepada Allah. Hanya
perkahwinan merupakan jalan keluar kepada pasangan2 yang berada dalam semua
situasi di atas.
Malangnya, ramai yang berada di
tahap wajib kahwin, tetapi langsung tidak menyedari hakikat tersebut. Maka
hiduplah mereka dalam dosa dan kemaksiatan setiap masa dan waktu.
ISU ZINA DAN GILA SEKS
Kadang2, bila kita bercakap soal
mendorong golongan muda supaya segera berkahwin dengan sebab2 yang dibincangkan
di atas, maka akan timbul pula satu pendapat, yang mana seolah menyatakan
saranan kita sebagai tidak relevan.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa
kahwin bukan ‘ubat’ kepada kaki zina dan kaki seks bebas.
Benar. Saya setuju seratus peratus.
Bahkan saya tidak pernah menyatakan bahawa kahwin muda adalah ubat kepada orang
muda yang kaki zina dan kaki seks bebas.
Kahwin adalah satu wasilah untuk
memperbaiki diri dan menjaga perhubungan serta mengelakkan zina. Apabila berada
dalam dunia penuh tanggungjawab, mereka akan mula berubah ke arah yang lebih
baik, dan dalam masa yang sama tuntutan nafsu mereka juga terjaga.
Tetapi terkecuali di sini manusia
yang mahu berkahwin semata2 kerana nafsu dan seks!
Kalau kita menyuruh mereka untuk
segera berkahwin semata2, maka kita sebenarnya meletakkan mereka dalam mudharat
yang lebih besar. Apa yang mereka fikir hanyalah tentang seks, maka apa jaminan
kita bahawa selepas berkahwin mereka akan tenteram dan berhenti dari
mengamalkan seks bebas? Tidak mustahil, tabiat tersebut menjadi lebih teruk dan
tekanan dalam alam rumahtangga akan membawa kepada perceraian.
Tidak, saya sama sekali tidak
bersetuju dengan keadaan di atas. Berkahwin atas dasar nafsu semata2 bermakna
perkahwinan tersebut akan runtuh bila2 masa sahaja.
Ubat kepada maksiat tersebut adalah
taubat. Tujuan perkahwinan perlu disedarkan kepada mereka terlebih dahulu. Ada
step dan peringkatnya. Bukan sembrono kita galakkan supaya berkahwin muda. Jauh
sekali untuk membiarkan mereka berseronok semata2.
Dan untuk melakukan semua kerja di
atas, kita perlukan tenaga yang ramai. Seharusnya, semua pihak berpakat untuk
menjayakan misi kahwin muda kepada generasi hari ini. Hubungan mereka dengan
Allah sudah tentu menjadi agenda utama kita dalam mengajak mereka ke arah
perkahwinan mengikut syariat.
KESIMPULAN
Pada saya, usaha ke arah
menggalakkan remaja hari ini supaya berkahwin adalah suatu usaha yang sangat
baik. Pelbagai pihak patut menyumbang dalam menjayakan usaha seperti ini.
Alangkah bagus jika ada pihak yang memberi fokus dalam usaha menyedarkan
golongan muda ini tentang Islam, tentang hubungan mereka dengan Allah,
pembinaan jatidiri sebagai muslim yang mukmin dan sebagainya. Satu pihak yang
lain pula memberi fokus dalam usaha membantu mereka mendapatkan sumber kewangan
untuk berkahwin, membantu mereka dalam membuat perancangan hidup dan
sebagainya.
Seandainya usaha2 ini dilaksanakan,
dan golongan muda tidak lagi melihat perkahwinan sebagai jalan keluar yang
mustahil bagi mereka, saya optimis, gejala sosial yang semakin merosakkan anak
muda kita hari ini akan dapat dikurangkan.
Semoga Allah menyinari hati2 kita
dengan petunjukNya. Amin
Sekian.
p/s: Kata-kata Ustaz Azhar Idrus
dalam Petua Mencari jodoh