BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 27, 2011

Enta Eih


~lirik*Enta Eih~

..::ENTA EIH::.. Nancy Ajram

Enta eih mesh kfaya aalaik
....what are you (how cruel are you) Is it not enough
Tegrahni haram aalaik enta eeih
....That you hurt me? Have pity. How cruel are you?
Enta laih dimooai habeebi tehoun aalaik
....Why my love, is it so easy for you to bring me to tears
Tab w laih ana radya enak tegrahni w roohi feek
....And why do I accept that you hurt me when my soul is part of you
Tab w laih yaani eih radya beaazabi bain edaik
....And why am I accepting this torment at your hands?

Law kan da hob ya waili mino
....If this is love, my misery is from it
W law kan da zanbi matoub aano
....And if I am to blame, I cannot say never again
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
....And if it is my lot to live in torment
Hayaeesh fey gerah
....I shall live in torment

Mesh haram mesh haram enak tekhdaani fey hobi leek
....Have you no pity? Have you no shame that you cheat me knowing the love I have for you
Mesh haram elgharam wel seneen hayati w 3ashi eleek
....Is it not a shame, the passion and the years and longing that I am living for you?
Daa awam wala kan leaaba fey hayatak yetdaweek
....Was the love lost completely? Or has it been a game
Daa awam el hanan w hodni albi w amali feek
....Was the love and tenderness and my heart and faith in you all lost?

Law kan da hob ya waili mino
....If this is love, my misery is from it
W law kan da zanbi matoub aano
....And if I am to blame, I cannot say never again
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
....And if it is my lot to live in torment
Hayaeesh fey gerah
....I shall live in torment

kerana FB lah

selamat pagi dan salam sejahtera. kalian percaya apa yang syieda akan cakap bi bawah ini? sesetengah orang tidak akan mengiakan dan ada sesetengah akan mengiakan pendapat ini.bukan memburukkan sesiapa cuma nak memberi sedikit pendapat.

sekarang pelbagai laman sosial telah di wujudkan. setahu syieda.
- myspace
- friendster
- facebook
- twitter
- skype
- tagged, etc.

sekarang facebook masih hangat diperkatakan. betol tak? segala macam dipostkan di wall. kan?^_^ tidak salah itu semua. tetapi :

- Kerana facebook lah dari kawan baek bertukar musuh
yela bila tidak puas hati, post di wall cakap macam-macam pada kawan baek itu. kekadang perli memerli. kalau kawan itu baca, tidak ke menjadi masalah. kekadang bercakap macam-macam pasal kawan. kan? hati orang kenalah jaga sikit. hormat kawan-kawan. bukan mengata kawan di belakang. kekadang kita post tentang laen, kawan baek kita terasa sampai tidak bertegur sapa seminggu dua. itu sudah menjadi lumrah FB. hihihi jadi alternatifnya, kurangkan semua ini. =.=

- Kerana facebook lah couple boleh gaduh sebab cemburu
yela. add perempuan/lelaki sampai berderet-deret. ucapan manis lebih-lebih. padahal awek/pakwe post di wall hampir setiap jam langsung tidak di jengahnya. kan? bila dah jadi macam itu, mula la jadi hal curang, skandal, pakwe boring, awek boring. macam-macam la alasan untuk lepaskan diri. hahaha ehhh macam ada pengalaman saja syieda ni. ehhh ehhh bukan la. dari pandangan syieda la.

- Kerana facebook lah rumah tangga pincang, menjual maruah
maaf kalau syieda terkasar bahasa. setiap kali bergaduh post di wall. beritahu sekalian alam apa keburukan/kebaikkan si suami. tidak baek bercerita tentang rumah tangga kepada orang laen. walaupun pada mak mertua (kata mak syieda la). itu seperti menjual maruah isteri/suami sendiri. baek buruk isteri/suami biarlah diri sendiri dan tuan empunya badan yang tahu. contohlah. post di wall suami suka makan nasi tomato, air sirap, suka itu ini. buatnya admire suami baca. bla..bla..bla.. menyesal tak?

- Kerana facebook lah hidup boleh diperbodohkan
post macam-macam. sai hal suami isteri pun nak post. perkara yang memalukan diri sendiri pun post. mesti lah orang laen yang baca ketawakan diri kita. kalau post "kunon nak makan bersuap dengan suami, tetapi suami tergigit bibir. berdarah" kalau yang membacanya macam mana kalian pikir. hukhuk. contoh sahaja.

- Kerana facebook lah kawan lupa kawan
betol tu. mula-mula nak buat FB cakap nak cari kawan-kawan sekolah. nak kekalkan hubungan persaudaraan. tetapi pabila dah sebulan berFB, kawan still add tapi langsung tidak bertanya khabar. motif selepas ada FB adalah mendapat ramai kawan. kan? hahaha. syieda semua kawan sekolah rendah, menengah, Uitm, dan kampung sahaka. akak-akak opis tidak mahu. hihihi

- Kerana facebook lah kita boleh perbodohkan orang dan orang laen termasuk kawan sendiri
betol x?^_^ kenakan kawan-kawan sudah menjadi lumrah, malah makin seronok. mana tidaknya, tag gambar kawan tengah tido dengan air liur meleleh. kecian kawan. walaupun di luar nampak kawan seronok. tetapi dalam hati mesti ada sedikit rasa sedih, malu.

- Kerana facebook lah kita menipu diri sendiri
mana tidak tipunya. nak post di wall sesetengah orang post cerita laen dari cerita asal. di edit-edit. gambar mekap-mekap tebal, edit lagi segala bagai untuk nampak cantek. untuk dipuji oleh orang yang melihat gambar kita. kan? syieda rasa di FB tidak perlulah letak gambar banyak-banyak sebab sekarang macam-macam perkara boleh terjadi. kan?^_^ kalau salah harap maaf.

- Kerana facebook lah diri sendiri tertipu
macam syieda cakap di atas. mekap tebal, edit kaci cantek. (kalau nak edit boleh saja, ini pandangan syieda sahaja) sang lelaki terpandang terpegun. couple, dan bila bertemu indah khabar dari rupa. mulalah sang lelaki/perempuan nak melarikan diri. susah nak mencari pasangan yang menerima diri sindiri seadanya. bukan tidak ada. tpai segelintir. kekadang ada. bila tengok orang laen ada pasangan lagi cantek. mula nak bandingkan diri sendiri. kecian. yang menjadi mangsa pasangan kita sendiri. @_@

- Kerana facebook lah wujud sedara mara angkat
hihihi adik angkat. nenek, tok wan semua ada. yang jeles nya ciap anak sama usia ngan ayah. macam-macam kan? kat cini jugakkan ada adik angkat, akak angkat, abang angkat, ayah dan mak angkat, semua sampai terangkat-angkat la.

Friday, August 19, 2011

SEnyum xPerlu kata Apa2

Senyum ikhlas,senyum paksa,senyum malu,senyum sinis,senyum gatal,senyum tersengih spt kerang busuk dan mcm2 lagi jenis senyum yg tak tersenarai di sini. Namun senyum yg paling baik adalah senyuman yg ikhlas dari hati spt senyuman rasullulah S.A.W

Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah S.A.W. tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya).

Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah S.A.W. yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Saidina Husein, cucu kepada Rasulullah S.A.W. juga ada menggambarkan tentang sikap baginda seperti yang telah direkodkan oleh Imam Tirmidzi; beliau berkata, “Aku bertanya kepada Ayahku( Saidina Ali ra) tentang adab dan etika Rasulullah S.A.W. terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda. Ayahku mengatakan, ‘Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas…”.

Tambahan pula, Rasulullah S.A.W. tetap akan mempamerkan senyuman walau dalam keadaan marah hatta kepada orang yang baginda tidak sukai. Begitu indah akhlak Rasullulah S.A.W. dan kita sebagai umatnya yang mengaku bahawa baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang Nabi dan Rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan baginda yang sentiasa menghadiahkan orang lain dengan senyuman?

Senyuman adalah anugerah Allah kepada setiap hambanya. Senyum hanya menggunakan 17 sahaja otot muka manakala bermasam muka memerlukan lebih 43 otot muka. Namun masih sukar bagi seseorang untuk memberi senyuman ikhlas. Tidak dapat dinafikan orang yang sentiasa senyum akan kelihatan awet muda malah apabila orang lain yang melihat senyuman itu juga akan turut tersenyum. Lebih manis lagi apabila si penyenyum mempunyai lesung pipit di pipi sama ada kiri atau kanan atau kedua dua sekali. Lesung pipit membuatkan si penyenyum akan nampak lebih manis dan tenang.

Senyuman mampu menguatkan semangat pada diri seseorang dan memberikan peluang untuk berfikir dengan tenang. Selain itu, senyuman juga mampu membuatkan orang yang marah terhadap si penyenyum akan menjadi ‘dumbfounded’ dan meredakan kemarahan terhadap si penyenyum. Walaupun pada awalnya agak marah sambil berkata “Apa senyum senyum?? orang tengah marah ni!!” Namun kemudian kemarahannya akan sendirinya berkurangan.

Apa lagi kelebihan senyum? Mengikut kajian Dr. Mark Stibich senyuman mampu meningkatkan fungsi sistem imunisasi badan dan mengurangkan risiko untuk demam dan selsema. Senyuman juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi seseorang, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Kajian juga menunjukkan bahawa senyuman adalah “natural drug” di mana senyuman menghasilkan hormon ‘endorphins’ dan ‘serotonin’ yang boleh mengurangkan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

Senyum memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Seperti yang telah ditulis sebelum ini, senyum adalah sedekah yang paling mudah. Sedekah yang tidak memerlukan modal wang ringgit tetapi hanyalah sekelumit rasa ikhlas yang dapat memaniskan senyuman itu. Senyumlah kerana Allah. Oleh itu mulai saat ini tanamkan sikap positif dalam diri dan senyumlah.

Namun begitu, perlu diingatkan kepada para Muslimah untuk berhati-hati apabila senyum. Para Muslimah tidak digalakkan untuk senyum sebarangan kepada kaum lelaki kerana khuatir akan disalah erti dan disalah guna yang boleh menimbulkan fitnah. Senyum seikhlas hati tetapi perlu berhati-hati.